AGENDA

Kementerian Wilayah fokus selesai isu sempadan KL-Selangor

30 Jan 2020, 3:17 AM
Kementerian Wilayah fokus selesai isu sempadan KL-Selangor

SHAH ALAM, 30 JAN: Menyelesaikan isu sempadan di Lembah Klang antara fokus utama Kementerian Wilayah Persekutuan tahun ini, kata menterinya.

Khalid Abdul Samad berkata terdapat 18 isu berkaitan sempadan membabitkan Kuala Lumpur dan Selangor yang belum dimuktamadkan untuk jangka masa panjang dan akan dibawa untuk perhatian pejabat tanah dan galian (PTG) negeri juga wilayah.

"Cadangan itu sudah dikemukakan oleh PTG Selangor untuk dimuktamadkan dan kementerian sudah menelitinya. Setiap pihak memberi pandangan mereka, justeru kita harap dapat menyelesaikan isu sempadan secara rasmi," katanya lapor EdgeProp.

Beliau yang ditemu bual di Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutuan 2020 berkata isu itu perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pihak berkuasa tempatan.

Khalid berkata, ia juga bagi memastikan masyarakat menerima perkhidmatan terbaik dan tiada kawasan diabaikan daripada segi pembangunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619