PBT

Pantau kebersihan pangsapuri, elak penularan penyakit

29 Jan 2020, 12:49 AM
Pantau kebersihan pangsapuri, elak penularan penyakit

SHAH ALAM, 29 JAN: Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) digesa memantau kebersihan kawasan perumahan bagi mengelakkan penularan sebarang penyakit, kata yang dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor.

Rahilah Rahmat berkata usaha itu perlu disokong semua komuniti demi kesejahteraan bersama.

"Kita sebagai masyarakat harmoni perlu bekerjasama membantu JMB atau MC dan usaha ini perlu ditunjukkan melalui pembayaran wang akuan penjelas dan penyelenggaraan bangunan.

"Sekiranya kerjasama ini terus kukuh, ia akan melahirkan komuniti strata yang sihat serta produktif," katanya ketika berucap pada Program Malam Anugerah JMB/MC 2019 di Eco Grandeur, Puncak Alam, baru-baru ini.

Rahilah berkata anugerah julung kali itu bagi mengukur prestasi penyampaian perkhidmatan JMB/MC daripada segi pengurusan dan penyelenggaraan bangunan, kewangan, keselamatan, risiko, aduan dan penglibatan komuniti serta kesejahteraan penduduk.

Katanya, penilaian berkenaan penting bagi memastikan badan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berada pada tahap terbaik, sekali gus meningkatkan nilai hartanah dan keyakinan pelabur serta perspektif pembeli pada masa akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619