AGENDA

MOF segerakan peruntukan tambah pengimbas suhu

28 Jan 2020, 4:46 AM
MOF segerakan peruntukan tambah pengimbas suhu

SHAH ALAM, 28 JAN: Kementerian Kewangan akan menyegerakan peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu seperti yang dinyatakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menterinya Lim Guan Eng berkata pengimbas suhu itu untuk memastikan kemampuan kakitangan Kementerian Kesihatan mengenal pasti individu yang mempunyai simptom menghidapi virus 2019-nCoV (Novel Coronavirus) dapat diperkukuhkan lagi di kawasan-kawasan masuk negara.

"Memandangkan permohonan ini berkaitan dengan usaha perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal saya telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir untuk memberikan kerjasama penuh supaya peruntukan ini dapat disalurkan secepat mungkin.

"Kementerian Kewangan akan memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Kesihatan agar kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap yang bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619