AGENDA

Koronavirus: Pastikan maklumat benar sebelum kongsi

26 Jan 2020, 1:04 PM
Koronavirus: Pastikan maklumat benar sebelum kongsi

PUTRAJAYA, 26 JAN: Semak dahulu maklumat berkaitan 2019 novel koronavirus yang diterima dan pastikan ia benar sebelum dikongsikan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Menurutnya, semua pihak harus berhati-hati apabila berkongsi sebarang maklumat di media sosial mengenai isu tersebut.

“...tolong semak dahulu maklumat yang kita dapat sebelum kongsi kerana kita lihat dua tiga hari yang lalu banyak paparan telah dikongsikan di mana kemudiannya didapati tidak benar dan palsu. Ia telah menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan kluster 2019 novel koronavirus yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini hari ini.

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dilantik menjadi jurucakap mengenai isu virus tersebut.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai isu itu.

Menurutnya, KKM juga akan mengeluarkan maklumat melalui dua saluran iaitu laman Facebook dan Twitter rasmi milik kementerian itu selain sidang media yang akan diadakan untuk berkongsi maklumat terkini.

“Sekurang-kurangnya sekali sehari kita adakan satu sidang media...jadi sekali lagi saya harap bahawa kita semua dapat lihat perkara ini dengan serius, kita hendak pastikan kita boleh buat yang terbaik,” katanya.

Setakat ini, empat individu disahkan positif koronavirus di negara ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619