ADN

Pesara polis terharu terima bantuan ADN Tanjung Sepat

23 Jan 2020, 3:23 AM
Pesara polis terharu terima bantuan ADN Tanjung Sepat

SHAH ALAM, 23 JAN: Pesara polis Ahmad Omar berusia 94 tahun terharu menerima sumbangan alat bantuan pendengaran di kediamannya dekat Kuala Langat semalam.

Beliau berkata bantuan yang disampaikan Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat Borhan Aman Shah sedikit sebanyak membantu memudahkan kehidupan hariannya.

"Terima kasih YB (Yang Berhormat Borhan Aman Shah) atas sumbangan yang diberikan. Syukur tidak terhingga dengan bantuan ini saya boleh mendengar," katanya pada program bertemu penduduk kelmarin.

Masalah yang dihadapi Ahmad sejak beberapa tahun lalu mendapat perhatian setiausaha politik kepada Dato’ Menteri Besar dan persatuan bekas polis daerah Kuala Langat.

"Sumbang alat pendengaran kepada Ahmad adalah untuk mudahkan dia jalani kehidupan seharian. Saya ucap terima kasih kepada YB dan rakan-rakan persatuan," kata pengerusi persatuan itu Ariffin Abu Hassan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619