AGENDA

Tiada rancangan kaji mansuh butiran agama pada kad pengenalan

21 Jan 2020, 3:03 PM
Tiada rancangan kaji mansuh butiran agama pada kad pengenalan

PUTRAJAYA, 21 JAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak ada sebarang rancangan dibuat untuk melaksanakan kajian secara terperinci berhubung isu pemansuhan butiran agama pada kad pengenalan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penularan satu rakaman video dan teks melalui aplikasi WhatsApp, berhubung isu pemansuhan butiran agama pada kad pengenalan.

KDN berkata pelaksanaan perekodan butiran agama pada kad pengenalan dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara selaras dengan Peraturan 4 (cc), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPPN 1990).

“Pelaksanaan perekodan butiran Agama Islam di muka hadapan kad pengenalan adalah selaras dengan Jadual Pertama, Peraturan 5(2), PPPN 1990. Manakala, bagi agama selain Islam hanya dimasukkan di dalam cip kad pengenalan,” kata KDN.

KDN berkata tindakan itu selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

"Butiran agama pada kad pengenalan milik individu beragama Islam adalah salah satu elemen penting yang membantu penguatkuasaan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang syariah yang berkuat kuasa,” kata KDN.

“Kementerian ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan berita atau maklumat tidak sahih kerana bimbang boleh menimbulkan ketidakselesaan rakyat dan mengganggu ketenteraman dan keamanan negara,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619