AGENDA

Liverpool gah benam Manchester United di Anfield

19 Jan 2020, 11:55 PM
Liverpool gah benam Manchester United di Anfield

SHAH ALAM, 20 JAN: Liverpool terus sukar digugat di puncak Liga Perdana Inggeris apabila menang selesa 2-0 ke atas Manchester United di Anfield awal pagi tadi.

Berdasarkan siaran langsung yang dipancarkan di stesen televisyen tempatan, Virgil Van Dijk memastikan The Reds di hadapan pada minit ke-14 apabila menanduk masuk sepakan penjuru Trent-Alexander Arnold walaupun cuba dihalang pertahanan termahal dunia, Harry Maguire.

Tuan rumah sepatutnya mendahului babak pertama sekurang-kurangnya berkelebihan tiga gol, namun jaringan Roberto Firmino dan Gini Wijnaldum dibatalkan kerana kekasaran serta berada dalam kedudukan 'offside'.

Bersambung babak kedua, kapten Liverpool Jordan Henderson hampir menggandakan jaringan pada minit ke-48 tetapi percubaan kaki kirinya sekadar singgah di tiang gol dikawal David De Gea.

Manchester United cuba menggugat pertahanan Liverpool dengan membawa masuk Juan Mata tetapi beberapa peluang terbaik gagal diterjemah barisan hadapan pasukan.

Sebaliknya, skuad bimbingan Jurgen Klopp menambah jaringan kedua pada minit akhir masa tambahan menerusi Mohamed Salah yang membuat larian pantas hasil umpanan penjaga gol Alisson Becker sebelum tenang menewaskan De Gea.

Liverpool kini mengutip 64 mata selepas 22 perlawanan meninggalkan pesaing di tangga kedua, Manchester City dengan perbezaan 16 mata.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619