AGENDA

Chong Wei sedih insiden menimpa Momota, harap segera pulih

14 Jan 2020, 1:42 AM
Chong Wei sedih insiden menimpa Momota, harap segera pulih

SHAH ALAM, 14 JAN: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei zahirkan rasa sedih atas insiden yang menimpa Kento Momota semalam.

Chong Wei harap pemain nombor satu dunia terbabit segera pulih dan dapat kembali beraksi di gelanggang, lapor Malaysiakini.

"Saya ada bercakap dengan beliau dan melihat keadaan dia, saya pun kasihan, apa lagi kemalangan berlaku selepas dia menang kejuaraan dan dalam perjalanan untuk pulang ke Jepun.

"Mari sama-sama doakan untuk Momota kembali sihat dan beraksi semula di gelanggang," katanya selepas melawat pemain itu di Hospital Putrajaya semalam.

Momota dan tiga lagi cedera selepas van yang dinaiki mereka terbabit dalam pelanggaran di Kilometer 13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619