AGENSI

Kem ICT pupuk minat pelajari sains & teknologi

13 Jan 2020, 10:21 AM
Kem ICT pupuk minat pelajari sains & teknologi

BANGI, 13 JAN: Program Kem ICT Selangor anjuran Kerajaan Negeri di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berjaya memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi, kata rektornya.

Prof Dato' Dr Ab Halim Tamuri berkata program dijalankan sejak 2016 wajar dipuji berikutan peningkatan penyertaan saban tahun dan kali ini 300 pelajar sekolah rendah serta menengah menyertainya yang dijalankan setiap Sabtu juga Ahad itu.

"Bukan mudah menarik pelajar meminati sains dan teknologi tetapi wujudnya program ini memberi semangat kepada mereka menceburkan diri dalam bidang terbabit pada masa akan datang.

"Kita harap kerjasama bersama Kerajaan Negeri akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya ketika kepada SelangorKini selepas Program Perasmian Kem ICT Selangor 2019 di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Fasilitatornya Amirul Husni Samsu Hazlam berkata memilih pelajar sekolah sebagai peserta dalam program berkenaan adalah satu landasan terbaik.

"Pelajar perlu didedahkan sejak dari bangku sekolah berkaitan kreativiti dan inovasi supaya apabila tamat pengajian mereka dapat membuat pilihan tepat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Manakala, Penolong Ketua Fasilitator Ihsan Kamil Kamarudzaman berkata melalui kursus dipelajari pelajar boleh menjana pendapatan mereka.

"Jika kita lihat mereka yang membuat aplikasi dapat menjana pendapatan lumayan berbanding pekerjaan lain, justeru saya amat menggalakkan akan ada lebih ramai pelajar menceburi bidang ini," kata pelajar Ijazah Sarjana Teknologi Rangkaian KUIS itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619