BERITA UTAMA

Sistem cari pengasuh berdaftar dilancar 18 Januari

12 Jan 2020, 10:28 AM
Sistem cari pengasuh berdaftar dilancar 18 Januari

SHAH ALAM, 12 JAN: Sistem pangkalan data i-asuh yang membolehkan ibu bapa mengesan pengasuh berdaftar akan dilancarkan pada 18 Januari ini.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga berkata langkah mencari penjaga sesuai dan terlatih dibuat bagi menjamin keselamatan anak-anak ketika ibu bapa bekerja.

“Data lengkap sudah diperolehi dan Kerajaan Negeri akan menganjurkan aktiviti serta kursus bersesuaian kepada pengasuh berdaftar," kata Dr Siti Mariah Mahmud.

I-asuh dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor diwujudkan susulan insiden kematian bayi dan kanak-kanak yang menyayat hati di rumah pengasuh.

Katanya sistem sama turut mengumpulkan data suri rumah yang bekerja dari rumah di bawah program Kasih Ibu Smart Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619