BERITA UTAMA

Rosmah marah Najib dilihat 'penjahat' dalam skandal 1MDB

8 Jan 2020, 10:30 AM
Rosmah marah Najib dilihat 'penjahat' dalam skandal 1MDB

SHAH ALAM, 8 JAN: Datin Seri Rosmah Mansor kedengaran seperti marah semasa menelefon suaminya Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isteri bekas Perdana Menteri itu bernada tinggi dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Selain rakaman tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya turut mendedahkan lapan lagi klip audio membabitkan bekas perdana menteri itu dalam sidang media di Putrajaya.

Beliau menjelaskan pihaknya sudah mengesahkan rakaman sulit itu yang diterima awal tahun ini adalah tulen dan tidak disunting.

Perbualan selama enam minit, dirakam pada 27 Julai 2016, antara Rosmah dan Najib antaranya seperti berikut.

Rosmah: Can I advise you something? (Boleh saya nasihatkan anda tentang sesuatu?)

Najib: Ya OK, anything? (OK, ada apa?)

Rosmah: No, listen to me, they tell you to slow down (Tan Sri) Abu Kassim (Mohamed). (Tidak, dengar cakap saya, mereka beritahu anda untuk jaga Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed).

Dia banyak membuat kenyataan ambil gambar dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) apa semua.

Looking him as a hero and you as a villain. And all these five people, can't they see you are the priority, not anybody else? (Mereka jadikannya seperti wira, anda pula penjahat. Dan lima pegawai anda ini, bolehkah mereka ini melihat anda sebagai keutamaan, bukan orang lain?)

Najib: Siapa mereka?

Rosmah: Your office-lah (Pegawai di pejabat andalah). Shahlan dah convince (yakin), Tengku dah convince, Ahmari dah convince. Kita ini semua villain (penjahat).

Najib: No, no, no, I allowed Azwan to make the statement (Tidak, tidak, tidak, saya benarkan Azwan mengeluarkan kenyataan), impact dah bagus.

Rosmah: Tidak, Azwan OK. Hari ini Abu Kassim di Berita Harian dan mereka benarkan Abu Kassim ambil gambar dengan Pak Lah. Ada muka dia dan semua orang lain kecuali you (anda). This is not fair, please tell him. (Ini tidak adil, tolong beritahu dia)

Dalam sidang media berkenaan, Latheefa percaya bahawa nama Azwan merujuk kepada senator Khairul Azwan Harun, seorang pemimpin kanan Pemuda Umno.

Sementara itu pegawai Najib yang disebut oleh Rosmah adalah bekas pegawai khas Amhari Efendi Nazaruddin, bekas setiausaha akhbar Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dan bekas setiausaha politik Shahlan Ismail.

Perbualan itu turut menyatakan keputusan Najib menandatangi surat pelantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619