AGENSI

YAWAS lancar i-Asuh 18 Januari, sasar 1,000 pengasuh didaftar

8 Jan 2020, 7:17 AM
YAWAS lancar i-Asuh 18 Januari, sasar 1,000 pengasuh didaftar

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 8 JAN: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bakal melancarkan program i-Asuh pada 18 Januari ini di Dewan Orang Ramai, Kampung Jenjarom.

Pengurus Besarnya, Gan Pei Nei berkata program itu bertujuan membantu ibu bapa mencari pengasuh yang sesuai dan terlatih bagi menjaga anak mereka.

Beliau berkata pihaknya mengalu-alukan pengasuh seluruh Selangor untuk mendaftarkan diri mereka menerusi portal YAWAS selepas pelancarannya nanti.

"Buat permulaan, kita menyasarkan kira-kira 1,000 pengasuh didaftarkan dalam program i-Asuh dan mereka akan diberikan kursus berkaitan pendidikan kanak-kanak secara percuma bawah seliaan YAWAS serta Kerajaan Negeri.

"Penting program ini dilancarkan kerana daripada situ ibu bapa boleh merujuk, menyemak dan menghantar anak mereka kepada pengasuh yang berdaftar dengan program i-Asuh," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Katanya, i-Asuh adalah program Kerajaan Negeri yang akan bekerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor selaku agensi pemantau.

"Melalui kerjasama ini kita akan mengumpulkan maklumat berkaitan pengasuh dan rekodkan data mereka supaya ia dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa berkerjaya.

"Malah, menerusi i-Asuh, kita turut membuat pemeriksaan saringan kepada setiap pengasuh bagi mengenal pasti tahap tekanan seseorang individu melalui beberapa kategori," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619