PBT

Kutipan sampah percuma MPSJ, KDEBWM sempena Tahun Baharu Cina

5 Jan 2020, 6:23 AM
Kutipan sampah percuma MPSJ, KDEBWM sempena Tahun Baharu Cina
Kutipan sampah percuma MPSJ, KDEBWM sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 5 JAN : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) akan melaksanakan kutipan sampah pukal secara percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

MPSJ menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, kutipan itu dilakukan selama 12 hari sehingga 24 Januari ini dan dilaksanakan hanya di dalam kawasan pentadbirannya.

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menyambut Tahun Baharu Cina dan mereka boleh membuat permohonan bermula esok.

 

"Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pengurusan Alam Sekitar di talian 03-8026 7433/ 7431/ 7430/ 3182.

"Kategori sampah pukal yang akan dikutip antaranya perabot dan peralatan elektrik lama sahaja manakala sampah ubah suai rumah dan pindah rumah tidak tersenarai dalam aktiviti kutipan terbabit," kata kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619