AGENDA

Peratusan pesakit kesan kanser membimbangkan

3 Jan 2020, 4:16 AM
Peratusan pesakit kesan kanser membimbangkan

SHAH ALAM, 3 JAN: Kanser yang lewat dikesan pada tahap tiga dan empat dalam kalangan rakyat Malaysia didapati meningkat dari 58.7 peratus pada 2007 hingga 2011 kepada 63.7 peratus pada 2012 hingga 2016.

Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penemuan itu membimbangkan kerana Kajian Malaysia mengenai Survival Kanser yang diterbitkan pada Oktober 2018 menunjukkan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival pesakit.

"Kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kanser dan akses kepada pengesanan serta rawatan awal," katanya dalam kenyataan mengenai Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCRR) 2012-2016.

Katanya analisis laporan edisi kedua MNCRR menunjukkan kaum Cina paling kerap menghidap kanser, iaitu 106 lelaki dan 117 perempuan dalam setiap 100,000 populasi.

Dr Noor Hisham berkata jumlah itu diikuti Melayu dengan lelaki (74 kes) dan perempuan (91 kes) bagi setiap 100,000 populasi.

"Bagi kaum India, kadar insiden yang dicatat adalah 67 kes untuk lelaki dan 107 kes bagi perempuan dalam setiap 100,000 populasi.

"Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan laporan pertama, terdapat penurunan kadar insiden dalam kalangan kaum Cina dan India sementara peningkatan dilihat dalam kalangan Melayu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619