AGENDA

Azmin gesa rakyat Malaysia tolak ketaksuban, ekstremisme

24 Dis 2019, 9:02 AM
Azmin gesa rakyat Malaysia tolak ketaksuban, ekstremisme

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa rakyat Malaysia untuk menolak ketaksuban, ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi.

Dalam perutusan Hari Krismas beliau hari ini, Mohamed Azmin berkata setiap individu perlu menyemai semangat persefahaman, kesederhanaan dan saling menghormati kerana keharmonian yang dinikmati hari ini adalah hasil belas ihsan, toleransi dan saling memahami dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai.

"Dalam hal ini, kita tidak boleh meremehkan sumbangan penganut Kristian ke arah keamanan, keharmonian, kemakmuran dan pembinaan negara. Saya ingin mengambil kesempatan ini, menyeru semua rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan perayaan Krismas," katanya.

Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada penganut Kristian, beliau berkata Krismas adalah musim yang membawa kegembiraan dan rahmat serta masa untuk seseorang ‘memberi’ dan memaafkan.

"Saya harap anda dan keluarga anda akan diberkati pada Krismas ini. Semoga rumah anda dipenuhi kegembiraan dan keharmonian," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619