SELANGOR

Bekalan air di Hospital Banting seperti biasa

23 Dis 2019, 7:16 AM
Bekalan air di Hospital Banting seperti biasa

SHAH ALAM, 23 DIS: Bekalan air di Hospital Banting dekat sini berada dalam keadaan terkawal dan tidak dicatu walaupun beberapa kawasan di Kuala Langat terjejas susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak Sabtu lepas akibat pencemaran bau.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata ia berikutan hospital berkenaan mendapat bekalan airnya daripada LRA Labohan Dagang yang telah mula beroperasi sejak Jun lepas.

"Bekalan air hanya dicatu pada hari pertama LRA Sungai Semenyih ditutup dan mulai semalam dan bekalan air di Hospital Banting telah kembali seperti biasa dan bekalan air yang disalurkan ke tangki utama hospital masih dalam keadaan normal dan hanya Hospital Serdang sahaja dicatu pengunaan airnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

LRA Labohan Dagang fasa satu yang mula beroperasi sejak Jun lepas mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 200 juta liter sehari untuk pengguna sekitar Kuala Langat.

LRA berkenaan yang mempunyai kolam takungan utama seluas 110 hektar juga mampu menyediakan bekalan air mentah selama 75 hari sekiranya berlaku pencemaran di sumber airnya di Sungai Langat.

Semalam, Ketua Pengarah Kementarian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata bekalan air di Hospital Banting dan Hospital Kajang terpaksa dicatu berikutan penutupan LRA Sungai Semenyih.

Dr Noor Hisham berkata catuan berkenaan terpaksa dilakukan bagi memastikan perkhidmatan hospital berkenaan dapat dijalankan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619