PBT

22 pasukan sertai Kejohanan Boling MDHS

14 Dis 2019, 2:59 AM
22 pasukan sertai Kejohanan Boling MDHS

OLEH ALIFF HAIKAL

PETALING JAYA, 14 DIS: Sebanyak 22 pasukan menyertai Kejohanan Boling Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Bersama Media 2019 di Wangsa Bowl @ One Utama di sini, malam tadi.

Yang Dipertua MDHS, Shukri Mohamad Hamin berkata kejohanan itu bertujuan mengeratkan hubungan antara kumpulan media dan kakitangan jabatan dari daerah Hulu Selangor.

Katanya antara media yang menyertai ialah Berita Harian, Sinar Harian, Media Selangor, Selangor FM dan Media Prima.

"Manakala peserta dari kumpulan jabatan di daerah Hulu Selangor pula ialah Pejabat Daerah dan Tanah, Air Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Kesihatan Daerah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya ketika ditemui.

Kejohanan itu dimenangi Media Prima yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan trofi, naib johan diungguli Bernama (RM300) manakala tempat ketiga dimenangi Harian Metro (RM100).

Pada masa sama, Shukri berkata program itu akan dijadikan acara tahunan bagi mengukuhkan kerjasama media serta menaikkan nama daerah Hulu Selangor ke tahap yang lebih tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619