AGENSI

Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat

10 Dis 2019, 9:02 AM
Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat
Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat
Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat

SHAH ALAM, 10 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-74, pada 11 Disember (esok).

Baginda menyempurnakan istiadat berkenaan di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

[caption id="attachment_371174" align="aligncenter" width="741"] Bacaan doa sempena selesai Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Istiadat itu turut disaksikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, Exco Kerajaan Negeri, anggota kerabat Diraja Selangor dan dif kehormat.

Air Doa Selamat itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh adinda baginda, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah.

Baginda turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Ahli Dewan Diraja Selangor kepada Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang dalam Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Dewan Diraja Selangor.

Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh 1 Disember 2019 hingga 30 November 2022.

[caption id="attachment_371180" align="aligncenter" width="721"] Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan Ahli Dewan Diraja Selangor kepada Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang dalam Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Dewan Diraja Selangor berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619