PBT

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertema `Back To School' Ahad ini

4 Dis 2019, 2:32 AM
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertema `Back To School' Ahad ini

SHAH ALAM, 4 DIS : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengajak orang ramai untuk sama-sama memeriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan 'Kembali Ke Sekolah' pada 8 Disember ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program itu akan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini.

Katanya, program itu adalah inisiatif MBSA bagi menyuntik semangat ke sekolah khususnya dalam kalangan kanak-kanak selain mengamalkan gaya hidup sihat.

"Program ini juga selaras ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida.

"Ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan bandar raya Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahrin berkata, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan semasa acara itu antaranya 'Fun Run' Lembaga Zakat Selangor 2019, acara berbasikal, Treasure Hunt, senamrobik dan ‘wall climbing’.

"MBSA juga akan menyediakan perkhidmatan MBSA kepada orang ramai seperti Eco Free Market, Picnic Dhuha, Pengoperasian Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels, Perpustakaan Bergerak dan jualan pokok serta baja kompos," katanya.

Beliau berkata, sempena program terbabit, antara jalan yang ditutup ialah Persiaran Bandar Raya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

Semua jalan terlibat ditutup mulai jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi pada hari tersebut.

"Kita mengharapkan kerjasama daripada orang ramai dan pemilik bangunan sekitar pusat bandar untuk mengambil maklum berkenaan jalan yang akan ditutup sepanjang program ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619