AGENDA

Banjir jejas lebih 30,000 penduduk Narathiwat

3 Dis 2019, 12:04 AM
Banjir jejas lebih 30,000 penduduk Narathiwat

NARATHIWAT, 3 DIS: Lebih 30,000 penduduk daripada 209 kampung di 11 daerah di Wilayah Narathiwat terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat dan peningkatan paras air Sungai Golok.

Gabenor Narathiwat, Ekkarat Leesen berkata daerah yang terjejas ialah Sukhirin, Waeng, Sungai Kolok, Sungai Padi, Chanae, Rangae, Rueso, Si Sakhon, Tak Bai, Yingo dan Mueang.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 20 buah sekolah di Wilayah Narathiwat diarahkan tutup berikutan banjir.

“Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan banjir dan paras air sungai.

“Usaha akan diteruskan untuk memindahkan mangsa ke tempat selamat selain menyediakan makanan dan minuman serta bahan-bahan keperluan lain untuk mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata setakat ini 150 orang daripada 36 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Tesaban 4, Sungai Kolok.

Kelmarin, Ekkarat mengumumkan tiga daerah iaitu Sukhirin, Sungai Golok dan Sungai Padi merupakan kawasan bencana alam.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619