AGENDA

Negeri Pintar: Selangor bawa Malaysia ke mata dunia

25 Nov 2019, 12:03 AM
Negeri Pintar: Selangor bawa Malaysia ke mata dunia

BATU CAVES, 25 NOV: Selangor muncul negeri pertama di Malaysia yang membawa agenda Negeri Pintar ke mata dunia melalui Kongres Ekspo Bandar Pintar Sedunia (Smart City Expo World Congress) di Barcelona, baru-baru ini.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata dasar Kerajaan Negeri yang bermula pada 2015 itu sekali gus membuktikan agenda berkenaan berada pada kedudukan tepat.

Menariknya, beliau berkata Selangor adalah negeri pertama mewakili Malaysia pada persidangan yang turut membariskan negara besar dunia.

"Jika pada peringkat rantau ASEAN, Selangor duduk bersama Jakarta dan Bandung pada kongres yang turut membabitkan lebih 146 negara itu.

"Oleh itu, saya yakin kita berada di landasan serta kedudukan yang betul bagi membawa Selangor ke arah Negeri Pintar menjelang 2025," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Tua di Dewan Siantan, di sini malam tadi.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Mohd Sany Hamzan; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Shamsul Shahril Badliza.

Program yang turut diserikan dengan nyanyian serta tarian itu dihadiri hampir 1,000 penduduk.

Terdahulu Amirudin mengetuai delegasi Selangor termasuk Smart Selangor Development Unit (SSDU), Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) dan Smartsel Sdn Bhd menghadiri kongres di Sepanyol.

Pada kongres berkenaan, syarikat berkaitan kerajaan Selangor memeterai memorandum persefahaman bersama United Kingdom, Amerika Syarikat dan Turki.

Persidangan yang berlangsung dari 19 hingga 21 November itu turut dihadiri lebih 20,000 pengunjung dengan 1,010 pempamer.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619