AGENDA

Kerajaan PAKATAN tidak pernah campuri urusan mahkamah - Azmin

12 Nov 2019, 10:25 AM
Kerajaan PAKATAN tidak pernah campuri urusan mahkamah - Azmin

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) berpegang kepada prinsip peraturan undang-undang di mana pihak eksekutif tidak pernah mencampuri urusan serta persidangan mahkamah.

Oleh itu tidak tidak timbul soal ada pihak kerajaan campurtangan dalam kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika menegaskan hal itu, beliau berkata keputusan mahkamah haruslah dihormati semua pihak dan sesiapa pun yang dipanggil untuk membela diri, masih memiliki ruang kerana ia adalah proses yang mesti dilalui semua pihak.

"Saya melalui proses yang sama puluhan tahun tapi biarlah mahkamah yang menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.

Media sebelum ini melaporkan ahli Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir campur tangan dalam kes membabitkan Najib.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang memerintahkan Najib membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619