ADN

Lawatan ke DNS beri pendedahan awal kepada pelajar

11 Nov 2019, 12:49 PM
Lawatan ke DNS beri pendedahan awal kepada pelajar

SHAH ALAM, 11 NOV: Pengalaman berharga buat belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya apabila diberi peluang berkunjung ke Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi melihat secara lebih dekat perjalanan Mesyuarat Ketiga Persidangan Penggal Kedua DNS yang Ke-14, hari ini.

Lawatan anjuran pejabat DUN itu disertai seramai 30 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ12 bersama tiga guru pengiring.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkata, program itu sebagai pendedahan kepada pelajar berkaitan sistem pentadbiran dan polisi di negara ini selain memberi peluang menyaksikan sesi perbahasan isu-isu semasa di DNS.

"Pada masa sama, kita mahu mereka bergaul dan mengenali kesemua ADN yang terdapat di Selangor kerana mungkin ada dalam kalangan mereka masih tidak mengenali wakil rakyat setempat.

"Kita juga mahu meningkatkan kesedaran pelajar berhubung sistem pilihan raya di negara ini memandangkan mereka yang berumur 15 tahun dibenarkan mengundi pada pilihan raya akan datang selepas had mengundi diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun," katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui selepas Sesi Perjumpaan Bersama ADN Selangor untuk Belia DUN Subang Jaya, di Bilik Gerakan Bangunan Annex, di sini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619