EXCO

Agensi kerajaan tidak dikecualikan tindakan jika cemar sungai

10 Nov 2019, 6:04 AM
Agensi kerajaan tidak dikecualikan tindakan jika cemar sungai

KAJANG, 10 NOV: Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang menyebabkan air sungai di Selangor tercemar.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, ini termasuk agensi kerajaan sekiranya siasatan mendapati mencemarkan sungai.

"Kerajaan Negeri tak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada semua pihak walaupun agensi kerajaan seperti Indah Water misalnya.

"Kalau sisatan kita mendapati ada agensi kerajaan terlibat, tindakan sama dikenakan seperti syarikat atau kilang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Titisan Bernilai Peringkat Dewan Undangan Negeri Kajang di Dewan Orang Ramai Taman Mesra di sini, hari ini.

Loy Sian berkata, Kerajaan Negeri sentiasa melakukan pemantauan rapi terhadap kebersihan sungai bagi mengelakkan pencemaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619