AGENDA

Selangor bangga operasi anak syarikat negeri jadi ikutan

7 Nov 2019, 1:44 PM
Selangor bangga operasi anak syarikat negeri jadi ikutan

SHAH ALAM, 7 NOV: Selangor layak berbangga apabila kepakaran serta pengalaman yang dimiliki anak syarikat Kerajaan Negeri menjadi ikutan bagi beberapa negeri lain dalam negara.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ini terbukti dengan memorandum persefahaman dan persetujuan dalam projek penggantian paip usang di Kedah oleh Kumpulan Perangsang yang ditandatangi pada 6 November lalu.

"Kita berbangga kaedah kita, cara kita telah menjadi model kepada negeri lain. Selangor adalah model kepada negeri lain.

"Pada masa ini juga ada dua negeri yang menguruskan program yang hampir sama dengan program KISS iaitu Kasih Ibu Darul Aman dan satu lagi di Perak sedang diuruskan anak syarikat kita SELCARE," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini Selangor turut menjadi perintis kepada banyak program yang kemudiannya menjadi ikutan negeri lain seperti perkhidmatan bas percuma, pemberian 20 meter padu air percuma dan banyak lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619