AGENDA

MB ucap tahniah kepada Dr Jemilah

4 Nov 2019, 3:42 AM
MB ucap tahniah kepada Dr Jemilah
MB ucap tahniah kepada Dr Jemilah

SHAH ALAM, 4 NOV: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan ucapan tahniah kepada pengasas Mercy Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang dipilih sebagai pemenang Hadiah Asean 2019.

Beliau berkata pengiktirafan itu bertepatan dengan usaha keras Jemilah dalam membantu orang ramai ketika menghadapi konflik global.

"Tahniah kepada Dr Jemilah atas pengiktirafan dan penerimaan anugerah ini.

"Pengiktirafan ini sesuai dengan usaha kerasnya dalam membantu pelbagai golongan ketika konflik global berlaku," katanya menerusi ciapan Twitternya.

Pengasas Mercy Malaysia Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dipilih sebagai pemenang Hadiah Asean 2019 sebagai mengiktiraf peranan utamanya dalam pelbagai misi kemanusiaan dan pengurusan bencana di rantau ini.

Beliau adalah rakyat Malaysia pertama menerima anugerah itu, yang diperkenalkan di Singapura tahun lalu.

Dr Jemilah, 60, menerima trofi dan hadiah wang tunai US$20,000 (RM83,100) daripada Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha dan Setiausaha Agung Asean Datuk Lim Jock Hoi pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Asean ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin negara anggota Asean yang lain menyaksikan majlis penyampaian anugerah itu.

Dr Jemilah adalah anggota pasukan kepimpinan kanan di Persekutuan Antarabangsa Bulan Sabit Merah, mewakili kepentingan dan Setiausaha Agung pertubuhan itu apabila diperlukan.

Hadiah Asean merupakan anugerah berprestij bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang dan mencetuskan inspirasi oleh seseorang individu atau pertubuhan dalam memupuk identiti Asean, mempromosi semangat Asean serta memperjuangkan hala tuju Asean.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619