AGENDA

Penjawat awam dapat `durian runtuh' dua bulan gaji

1 Nov 2019, 10:19 AM
Penjawat awam dapat `durian runtuh' dua bulan gaji

SHAH ALAM, 1 NOV: Penjawat awam di Selangor bakal menerima 'durian runtuh' menerusi Bantuan Khas Kewangan (BKK) dari RM500 sehingga dua bulan gaji pada 24 Disember ini.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata imbuhan itu adalah bantuan kali kedua berdasarkan prestasi jabatan dan individu yang menelan perbelanjaan RM30 juta.

"Justeru sebagai menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian di masa hadapan, saya mengumumkan suatu BKK berdasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan dan Prestasi Individu anggota perkhidmatan awam Kerajaan Negeri.

"Sikap profesionalisme dan saling hormat-menghormati menjadi adunan penting dalam memastikan Selangor kekal unggul," katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor2020 di sini hari ini.

BKK kali pertama iaitu insentif sebulan gaji diagih kepada penjawat awam menjelang sambutan Aidilfitri lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619