AGENSI

Tiga sekolah di Kuala Selangor ditutup tiga hari

30 Okt 2019, 2:54 PM
Tiga sekolah di Kuala Selangor ditutup tiga hari

SHAH ALAM, 30 OKT: Tiga sekolah di daerah Kuala Selangor ditutup tiga hari bermula hari ini berikutan sekolah terbabit dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam kenyataan memaklumkan, sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, SK Ijok dan SK Pasangan.

"Penutupan tiga sekolah itu bermula hari ini sehingga Jumaat selepas kita menerima arahan daripada Pegawai Daerah Kuala Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor untuk kegunaan PPS.

"Pihak sekolah terbabit diingatkan supaya mengambil tindakan selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya.

Terdahulu, beberapa PPS dibuka susulan banjir melanda di Kuala Selangor sejak Jumaat lalu ekoran fenomena air pasang besar dan hujan lebat.

Sehingga jam 2 petang tadi, jumlah mangsa banjir yang terjejas ditempatkan di PPS mencatatkan peningkatan apabila seramai 873 mangsa membabitkan 282 keluarga terpaksa dipindahkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619