AGENSI

ADN Selangor kunjungi UNISEL, kongsi idea

26 Okt 2019, 4:19 AM
ADN Selangor kunjungi UNISEL, kongsi idea
ADN Selangor kunjungi UNISEL, kongsi idea
ADN Selangor kunjungi UNISEL, kongsi idea

BESTARI JAYA, 26 OKT: Universiti Selangor (UNISEL) menerima kunjungan hormat beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor di kampus Bestari Jaya, di sini kelmarin.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, ADN terbabit dalam lawatan itu adalah ADN Permatang, Rozana Zainal Abidin; ADN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan ADN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

Katanya, lawatan berkenaan turut disertai ADN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; ADN Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri termasuk wakil ADN Bukit Melawati, Dr Hafiz.

"Kunjungan ini ialah salah satu lawatan kerja bagi membincangkan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak, sekali gus membuka ruang pertukaran idea dan pandangan daripada aspek transformasi UNISEL secara menyeluruh," katanya menerusi hantaran di Facebook UNISEL, semalam.

Hasril berkata, sepanjang pertemuan itu, Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkesempatan menerangkan beberapa pelaksanaan terkini, selain berkongsi kejayaan dikecapi UNISEL sepanjang tiga tahun di bawah pentadbiran beliau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619