AGENDA

Azmin: Deepavali kukuh perjuangan tegak keadilan

26 Okt 2019, 3:54 AM
Azmin: Deepavali kukuh perjuangan tegak keadilan

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap sambutan perayaan Deepavali atau pesta cahaya dapat mengukuhkan semangat perjuangan menegakkan keadilan untuk menumpaskan kezaliman.

Beliau berkata, menerusi sejarah peradaban agung India, rakyat dapat mempelajari pelbagai hikmah dan nilai sejagat, antara nilai tersebut adalah perjuangan menegakkan keadilan.

“Perayaan cahaya, Deepavali, adalah semangat dari kejayaan tersebut. Ia juga merupakan mesej yang universal - ‘Sanatama Dharma’ - bagi umat manusia yang sentiasa digugat oleh kepalsuan dan kezaliman.

“Justeru itu pencarian kebenaran dan perjuangan keadilan sentiasa akan berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata, bangsa Malaysia bukan sahaja sentiasa dalam perjuangan membangun ekonomi, malah perlu berjuang untuk memperkukuh persahabatan dan perpaduan.

“Bersama rakan-rakan berketurunan India, Hindu, Sikh dan lain-lain, kita bersama merayakan Deepavali sebagai bangsa Malaysia.

“Selamat Hari Deepavali, Deepavali Nal Vaalthukal,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619