AGENSI

Belanjawan #Selangor2020 dibentang 1 November

17 Okt 2019, 8:59 AM
Belanjawan #Selangor2020 dibentang 1 November

SHAH ALAM, 17 OKT: Selepas pembentangan Belanjawan 2020, orang ramai kini boleh memberi tumpuan kepada Belanjawan Selangor 2020 melalui siaran langsung daripada Dewan Negeri Selangor, pada 1 November ini.

Pembentangan langsung Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari pada petang Jumaat itu boleh dilayari menerusi www.selangortv.my atau laporan berita melalui portal www.selangorkini.my.

Berita dan perbincangan di internet mengenai peruntukan tahunan ini menggunakan tanda pagar #Selangor2020.

Perkembangan lanjut berhubung belanjawan ini dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui berita di dua portal ini dan juga media sosial rasmi Media Selangor.

Difahamkan, belanjawan negeri kali ini akan memberi tumpuan antaranya kepada pendidikan, keselamatan, belia dan memajukan lagi aspirasi Negeri Pintar, Smart Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619