EXCO

Belanjawan 2020 perlu dilaksana secara berhemah

14 Okt 2019, 2:07 AM
Belanjawan 2020 perlu dilaksana secara berhemah

SHAH ALAM, 14 OKT: EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga mahu peruntukan Belanjawan 2020 dilaksanakan secara berhemah dan berkesan agar setiap rakyat dapat merasai manfaatnya dalam usaha mencapai kemakmuran bersama.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata, belanjawan yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mampu memanfaatkan pelbagai golongan dan lapisan masyarakat sekali gus membuktikan kerajaan amat menitikberatkan kepentingan rakyat khususnya kepada golongan yang lebih memerlukan.

"Belanjawan bertemakan 'Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama' ini dilihat bersifat komprehensif.

"Ini kerana ia merangkumi peruntukan berkaitan keluarga, wanita, kebajikan sosial dan pembangunan komuniti, infrastruktur perkhidmatan, penjagaan kesihatan serta liputan penjagaan perubatan," katanya dalam kenyataan.

Mariah berkata, menjelang Belanjawan Selangor tidak lama lagi, Kerajaan Negeri akan terus komited menambahbaik keperluan rakyat melalui program dan bantuan sedia ada.

"Walaupun berdepan cabaran ekonomi yang rencam, belanjawan kali ini dijangka lebih bersifat progresif dan mendidik masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619