AGENDA

KKM tubuh pasukan khas siasat kebocoran maklumat pesakit

10 Okt 2019, 8:27 AM
KKM tubuh pasukan khas siasat kebocoran maklumat pesakit

SHAH ALAM, 10 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan mengenal pasti punca pendedahan maklumat pesakit selepas menerima satu laporan mengenainya yang diterbitkan Syarikat Greenbone Networks pada 16 September lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan selain mendapatkan bantuan teknikal daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

Katanya, pasukan khas telah menghubungi dan mengadakan perbincangan dengan organisasi swasta berkaitan bagi memperkukuh serta mempertingkatkan tahap keselamatan sistem terbabit di organisasi berkenaan.

"Merujuk kepada kandungan laporan itu, punca risiko pendedahan maklumat pesakit berlaku apabila sistem pengimejan radiologi boleh diakses melalui internet tanpa ciri keselamatan.

"Hasil siasatan mendapati tiga sistem yang dilaporkan Greenbone Networks menghadapi risiko pendedahan maklumat terbabit adalah milik sebuah organisasi swasta tempatan," katanya dalam kenyataan.

Dzulkefly berkata, KKM juga telah mengambil inisiatif dan tindakan segera bagi memastikan maklumat di semua fasiliti kesihatan kerajaan sentiasa dilindungi daripada risiko pendedahan maklumat pesakit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619