AGENSI

Pelajar PT3, SPM SMK Seksyen 18 diberi sarapan percuma

9 Okt 2019, 6:58 AM
Pelajar PT3, SPM SMK Seksyen 18 diberi sarapan percuma
Pelajar PT3, SPM SMK Seksyen 18 diberi sarapan percuma

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 9 OKT: Sebanyak 300 bungkusan sarapan percuma disediakan setiap hari kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 di sini yang menduduki pemeriksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Naib Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Isa Ishak berkata, penyediaan sarapan menerusi program Santapan Kasih PT3 dan SPM telah dimulakan pada hari pertama PT3 berlangsung iaitu 1 Oktober lalu.

"Sarapan percuma itu disediakan oleh PIBG sama ada menerusi tempahan atau disediakan sendiri dalam kalangan ibu bapa," kata Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Norani Husain, di sini, hari ini.

Norani berkata, program ini secara tidak langsung memberi sokongan moral kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan.

"Program itu juga mampu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru sekolah ini," katanya.

[caption id="attachment_357428" align="alignright" width="699"] Penjaga memberi bungkusan sarapan kepada pelajar pada Program Santapan Kasih PT3 & SPM 2019 di SMK Seksyen 18 Shah Alam pada 9 Oktober 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Katanya, sebelum pelajar-pelajar bersarapan pada jam 8 pagi, mereka akan membaca yassin dan solat hajat di Surau Al-Madani di sekolah berkenaan.

Menurutnya, program itu akan diteruskan sehingga 26 November ini iaitu bagi pelajar yang menduduki SPM.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619