PBT

MBSA tutup beberapa jalan sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

8 Okt 2019, 8:26 AM
MBSA tutup beberapa jalan sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

SHAH ALAM, 8 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi memberi laluan kepada penganjuran Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada 13 Oktober.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai mulai jam 06.30 hingga 09.30 pagi.

Katanya, program yang bermula di Dataran Kemerdekaan itu bertujuan menggalakkan gaya

hidup sihat dalam kalangan warga kota Shah Alam selain selaras dengan hala tuju  menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.

"Orang ramai disaran tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

"MBSA juga memohon pengguna memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif menuju ke destinasi yang hendak ditujui," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pelbagai acara menarik disediakan dalam Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019 sempena Sambutan Hari Bandar Raya Shah Alam Ke-19.

Antaranya aktiviti riadah seperti ‘fun walk’, acara berbasikal, ‘Ultra Colour Run’, dan ‘Recycle Treasure Hunt’.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang menyertai aktiviti seperti acara senamrobik, wall climbing, Futsal 3 on 3, Klinik Frisbee, Hydrogel Games dan cabutan bertuah.

Turut diadakan Program ‘Eco Free Market’, Picnic Dhuha, pemeriksaan kesihatan percuma, dan penyediaan perkhidmatan MBSA kepada orang ramai seperti Pengoperasian Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels, Perpustakaan Bergerak (Mobile Library)dan jualan pokok serta baja kompos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619