EXCO

Muzium, bangunan bersejarah bakal dinaik taraf

2 Okt 2019, 3:00 AM
Muzium, bangunan bersejarah bakal dinaik taraf

SHAH ALAM, 2 OKT: Muzium, bangunan dan kawasan bersejarah bakal dinaik taraf menerusi peruntukan Belanjawan Negeri 2020.

EXCO Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus terhadap nilai kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Selangor.

"Kita menjangkakan aspek ini membabitkan muzium, bangunan dan kawasan bersejarah bakal dinaik taraf dari segi infrastruktur juga sebagainya.

"Ini akan difokuskan menerusi Belanjawan Negeri 2020, kita akan lakukan yang terbaik sempena Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Abdul Rashid berkata, industri pelancongan akan terus dipromosikan menerusi FAM Trip dan kerjasama negara luar.

Katanya, pihaknya akan membawa pemain industri tempatan dan luar negara ke Selangor khususnya tempat pelancongan terbaik di negeri ini.

Menerusi Belanjawan Negeri 2019, Kerajaan Negeri memperkasakan program seni kebudayaan berteraskan elemen tradisi dan warisan dengan memperuntukkan

sejumlah RM1.5 juta bagi melaksanakan Festival Alam Melayu Negeri Selangor dan 'Rentak Selangor International Festival'.

Sejumlah RM2.5 juta turut diperuntukkan sebagai dana tunas untuk penubuhan galeri seni halus Shah Alam Modern Arts (SAMA) dalam jangka masa lima tahun sebagai usaha memposisikan Selangor sebuah pusat seni kontemporari utama di Asia Tenggara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619