AGENSI

Fenomena air pasang besar di Selangor

30 Sep 2019, 2:57 AM
Fenomena air pasang besar di Selangor
Fenomena air pasang besar di Selangor

SHAH ALAM, 30 SEPT: Fenomena air pasang besar dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.7 meter melanda pesisir pantai di lima daerah di Selangor, awal pagi ini.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, lima daerah terbabit ialah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang.

"Di Kuala Langat, kami mengesan terdapat limpahan kecil di jalan raya di Istana Pantai Bahagia namun ia tidak melibatkan penempatan. Begitu juga limpahan sama di jalan raya di Jeti Jeram, Kuala Selangor.

"Bagaimanapun, di Klang terdapat lima tempat ban bocor di Kampung Tok Muda, tetapi ia juga tidak membabitkan penempatan, selain limpahan air melepasi ban di Kampung Baru, Telok Gong," katanya dalam kenyataan.

Katanya, tiada limpahan air melepasi benteng bagi daerah Sabak Bernam dan Sepang.

"Ban di pesisir pantai juga kukuh dan berada dalam keadaan baik, selamat serta terkawal, selain cuaca yang baik dan cerah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619