PBT

MPSJ tegas kompaun peniaga guna laluan pejalan kaki

26 Sep 2019, 9:02 AM
MPSJ tegas kompaun peniaga guna laluan pejalan kaki

SUBANG JAYA, 26 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertegas akan mengambil tindakan kompaun kepada peniaga yang meghalang laluan pejalan kaki dengan meletakkan barangan mereka di kawasan terbabit.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, peniaga yang degil akan dikenakan kompaun RM250 di bawah Seksyen 46 (1) (d) Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana halangan awam berhubung dengan tred.

"Semua kedai tahu peraturan ini namun tetap ada segelintir yang ingkar dengan arahan kami.

"Namun, jika peniaga itu tetap ingin menggunakan laluan terbabit mereka perlu meminta lesen daripada MPSJ dan ruang dibenarkan hanya kira-kira dua kaki sahaja daripada kelebaran itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Sesi Perjumpaan Awam bagi Menaik Taraf Kawasan Komersial SS15, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

Pada masa sama, Noraini berkata, beliau akui ramai dalam kalangan peniaga tetap berdegil walaupun tindakan pernah diambil sebelum ini.

"Justeru, saya menegaskan supaya peniaga mengikut arahan ini dalam memastikan kemudahan awam tidak dikacau ganggu dan dihormati," katanya.

Terdahulu, kira-kira 200 penduduk dan komuniti niaga sekitar SS15 terlibat pada Sesi Perjumpaan Awam bagi Menaik Taraf Kawasan Komersial SS15, di sini, hari ini.

Sesi Perjumpaan Awam itu bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat berkenaan pelaksanaan projek menaik taraf, sekali gus mendapatkan kesepakatan serta cadangan bagi meningkatkan nilaian komersial sesebuah kawasan.

Antara kawasan yang bakal dinaik taraf adalah dua kawasan utama di SS15 iaitu di pasar moden SS15/4 dan kawasan rojak mamak SS15/4G dengan meletakkan lebih 100 unit kamera litar tertutup (CCTV) yang lebih efisien serta membina laluan pejalan kaki dengan kemudahan jubin pandu arah kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619