ADN

175 warga emas, OKU DUN Permatang terima baucer Jom Shopping SMUE

22 Sep 2019, 11:53 AM
175 warga emas, OKU DUN Permatang terima baucer Jom Shopping SMUE
175 warga emas, OKU DUN Permatang terima baucer Jom Shopping SMUE

KUALA SELANGOR, 22 SEPT: Seramai 175 warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menerima Baucer Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hari ini.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, sumbangan baucer bernilai RM100 itu disampaikan beliau di Pasaraya Mustafa, Pasir Penambang, Kuala Selangor, di sini.

"Penerima sangat gembira dengan jumlah diterima dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif dalam menghargai golongan seperti mereka.

"Pada masa sama, kita turut meraikan hari lahir penerima yang lahir pada bulan ini dengan mengadakan majlis potong kek," katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE yang bermula bulan ini sehingga Disember depan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengumumkan penjajaran semula skim terbabit yang memperuntukkan RM100 setiap tahun kepada golongan berkenaan menerusi program Jom ‘Shopping’ Warga Emas.

Sehingga kini seramai 317,932 warga emas dan OKU mendaftar di bawah skim berkenaan.

Pendaftaran SMUE boleh dibuat dimana-mana pejabat Pusat Khidmat DUN terdekat dengan kawasan tempat tinggal.

Sebarang pertanyaan berhubung SMUE, sila hubungi Careline YAWAS di talian 03-5481 8800.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619