AGENSI

57 sekolah di Selangor ditutup esok

22 Sep 2019, 9:16 AM
57 sekolah di Selangor ditutup esok

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 22 SEPT : Sebanyak 57 sekolah di daerah Kuala Langat dan Klang akan ditutup esok, susulan keadaan jerebu yang serius di kawasan berkenaan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu membabitkan 30 sekolah di Kuala Langat dan 27 sekolah di Klang.

Penutupan sekolah terbabit membabitkan 68,025 pelajar dan murid.

"Penutupan dilakukan hasil laporan Jabatan Pendidikan Selangor berhubung bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Johan Setia Klang melebihi 200 pada jam 2 petang, hari ini.

"Sementara sekolah-sekolah yang tidak disenaraikan akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari esok, 23 September.

"Bagi sekolah yang merujuk bacaan IPU lebih 100 diingatkan supaya menghentikan kesemua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid. Aktiviti keramaian atau sukan di luar bangunan hendaklah ditangguhkan.

"Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa kesemasa dan pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam mengutamakan kesihatan murid dan guru," kata kenyataan itu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619