AGENDA

1,037 sekolah Sarawak ditutup, IPU Sri Aman 'bahaya'

20 Sep 2019, 1:21 AM
1,037 sekolah Sarawak ditutup, IPU Sri Aman 'bahaya'

KUCHING, 20 SEPT: Sejumlah 1,037 sekolah di 20 daerah yang terjejas akibat jerebu di Sarawak hari ini ditutup.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata, penutupan itu melibatkan 136 sekolah menengah dan 901 sekolah rendah yang menjejaskan 325,391 murid.

Sementara itu, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, setakat 8 pagi ini, Sri Aman mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap berbahaya dengan bacaan 402.

Empat kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat iaitu Kuching (248), Samarahan (218), Sibu (202) dan Sarikei (234) manakala lima kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu Samalaju (100), ILP Miri (91), SK Baram (87), Kapit (97) dan Limbang (76).

Hari ini, operasi pembenihan awam akan dilakukan dengan pesawat Charlie 130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619