AGENDA

IPU Johan Setia menurun, Kuching dan Samarahan kekal sangat tidak sihat

19 Sep 2019, 1:32 AM
IPU Johan Setia menurun, Kuching dan Samarahan kekal sangat tidak sihat

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan tempat di Semenanjung berkurangan pagi ini termasuk di Johan Setia, Klang yang berada pada paras tidak sihat (188) setakat 7 pagi ini berbanding sangat tidak sihat (231), tengah malam tadi.

Bagaimanapun, bacaan IPU di Kuching dan Samarahan di Sarawak masing-masing meningkat daripada 243 kepada 271 dan 213 kepada 229 bagi tempoh yang sama iaitu kekal dalam kategori sangat tidak sihat.

Sementara itu, seramai 1.73 juta pelajar bercuti hari ini dan esok kerana sesi persekolahan di 2,459 sekolah di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan dibatalkan berikutan bacaan IPU melepasi 200 di kawasan terlibat.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia malam tadi, enam negeri yang terlibat itu adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak sementara Wilayah Persekutuan yang terlibat adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan pagi ini berkata, sebanyak 809 sekolah di 17 daerah ditutup pada pagi ini berbanding 373 sekolah seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan malam tadi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619