AGENSI

IPU sangat tidak sihat, 201 sekolah di Selangor ditutup

17 Sep 2019, 8:17 AM
IPU sangat tidak sihat, 201 sekolah di Selangor ditutup

SHAH ALAM, 17 SEPT: Sebanyak 201 sekolah di Selangor yang melibatkan daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Petaling Perdana ditutup hari ini setakat jam 12 tengahari susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada pada paras sangat tidak sihat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata, sebanyak 151 sekolah ditutup berdasarkan laporan pemantauan Jabatan Pendidikan Selangor semalam (16 September), sementara itu 50 sekolah lagi ditutup berdasarkan laporan sehingga jam 11 pagi, hari ini.

"Sekolah yang ditutup bagi kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang ialah 52, PPD Kuala Langat 21, PPD Hulu Langat 62, PPD Petaling Perdana 39 dan PPD Klang 27.

"Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa," kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut Laporan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat jam 2 petang ini, bacaan IPU di Johan Setia adalah 236, Klang (196), Banting (183) dan Shah Alam (171).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619