AGENSI

Jerebu: Penutupan sekolah bergantung bacaan IPU esok

16 Sep 2019, 4:37 AM
Jerebu: Penutupan sekolah bergantung bacaan IPU esok

SHAH ALAM, 16 SEPT: Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) menggesa supaya kakitangan pentadbir sekolah di negeri itu peka dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi memantau sama ada sekolah akan ditutup atau tidak, pada esok.

Timbalan Pengarahnya, Muhamad Radzi Abdullah berkata, sekolah akan ditutup jika bacaan IPU melepasi tahap 200 iaitu paras sangat tidak sihat.

"Semua sekolah diingatkan supaya merujuk kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan berhubung perkara ini dan mengambil tindakan selaras dengan kenyataan diberikan," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Terdahulu, JPS pada 13 September lalu mengumumkan 29 sekolah di Selangor ditutup akibat paras IPU berada pada tahap sangat tidak sihat.

Antara daerah berkaitan ialah Klang dan Kuala Langat membabitkan kira-kira 45,265 pelajar sekolah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619