AGENDA

Mujahid: Serbu kumpulan Syiah ikut SOP

13 Sep 2019, 8:44 AM
Mujahid: Serbu kumpulan Syiah ikut SOP

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap kumpulan pengikut Syiah di Selangor, baru-baru ini mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Kita sudah pun mendapat maklum balas daripada Dato' Menteri Besar (Amirudin Shari) dalam mesyuarat MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) kelmarin (11 September).

"Serbuan yang dilakukan di Selangor adalah bidang kuasa Selangor dan mengikut SOP, maka kita hormati tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Amiruddin turut dilaporkan berkata, serbuan dilakukan oleh JAIS terhadap kumpulan tersebut di Gombak adalah mengikut SOP JAIS.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619