AGENDA

JPN tidak kompromi isu pegawai palsu dokumen

13 Sep 2019, 2:32 AM
JPN tidak kompromi isu pegawai palsu dokumen

SHAH ALAM, 13 SEPT: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sama sekali tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai dan kakitangan terlibat dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka tidak melindungi mana-mana pegawai dan kakitangan yang didapati terlibat dalam kegiatan boleh menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

"JPN memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk melengkapkan siasatan mereka.

"Malah, siasatan dalaman di peringkat JPN juga sedang dijalankan bagi memastikan tiada kes seumpama ini berlaku lagi," kata kenyataan itu, hari ini.

Selain itu, kenyataan itu berkata, JPN akan mengkaji semula serta membuat penambahbaikan prosedur pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan bagi memastikan tiada lagi ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"JPN akan memastikan proses pengeluaran dokumen sentiasa dibuat secara teratur dan mengikut peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959," katanya.

Terdahulu, wujud kes pendakwaan seorang pegawai JPN atas tuduhan aktiviti mengeluarkan sijil kelahiran dan kad pengenalan secara penipuan di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619