AGENDA

JPN kaji semula prosedur pengeluaran dokumen

12 Sep 2019, 1:45 PM
JPN kaji semula prosedur pengeluaran dokumen

PUTRAJAYA, 12 SEPT: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji semula serta membuat penambahbaikan prosedur pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan bagi memastikan tiada lagi ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"JPN akan memastikan proses pengeluaran dokumen sentiasa dibuat secara teratur dan mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959," kata jabatan itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan pendakwaan terhadap seorang pegawai JPN atas tuduhan terlibat deengan aktiviti pengeluaran dokumen secara penipuan di Pulau Pinang, JPN berkata siasatan dalaman di peringkat JPN juga sedang dijalankan bagi memastikan kes seumpama itu tidak lagi berlaku.

Menurut JPN, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

JPN menegaskan bahawa ia tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

"JPN tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan kakitangan yang didapati terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara,”katanya.

Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang Mohd Faizul Arifin dan lima individu menghadapi pertuduhan hari ini antaranya dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 berhubung pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619