AGENDA

Putrajaya sasar anjur kempen pemilikan rumah tarik pembeli dari China

11 Sep 2019, 1:38 PM
Putrajaya sasar anjur kempen pemilikan rumah tarik pembeli dari China

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Putrajaya menyasar menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sama ada di China atau Hong Kong, bagi menarik pembeli China untuk datang dan melabur dalam pasaran hartanah tempatan, yang lebih murah berbanding pasaran lain, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

"Saya berfikir bahawa kita boleh menganjurkan kempen HOC ini (di China atau di Hong Kong) .. (kerana) ia lebih murah untuk membeli sebuah rumah di sini.

"Saya pergi ke sebuah flat berkeluasan 250 kaki persegi bernilai RM3 juta di Hong Kong, dan berkata malahan menteri pun tidak mampu untuk membeli hartanah di Hong Kong," katanya kepada pemberita pada Pameran Smart Cities Asia 2019 ke-5, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Zuraida berkata hanya rumah mewah akan dijual kepada pelabur China.

Beliau berkata pada masa ini, terdapat projek rumah mewah yang bernilai kira-kira RM100 bilion tidak terjual di negara ini.

Menurutnya, kementerian beliau akan membincangkan isu itu dengan kabinet dan berharap dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk melaksanakan kempen tersebut.

Kempen pemilikan rumah tersebut merupakan inisiatif diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2019, di mana pembeli rumah tempatan akan dikecualikan daripada dikenakan duti setem bagi pembelian unit kediaman yang dibina antara Januari dan Disember 2019.

Pemaju juga akan menawarkan diskaun dan pakej menarik untuk pembelian rumah dibuat semasa tempoh ini.

Kempen Pemilikan Rumah itu terbuka kepada semua pembeli rumah bagi menggalakkan pemilikan hartanah.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619