AGENDA

Selangor salur RM7.24 juta kepada JKR

11 Sep 2019, 10:59 AM
Selangor salur RM7.24 juta kepada JKR

GOMBAK, 11 SEPT: Kerajaan Negeri menyalurkan sejumlah RM7.24 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk agihan tender kepada 172 projek kontraktor kecil (G1) bumiputera bagi kerja penyelenggaraan infra di bawah jalan negeri.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, program tender terbuka itu julung-julung kali diadakan bagi membantu kelangsungan dan pembangunan bumiputera.

Katanya, tender terbuka itu membabitkan kerja pembaikan jalan, pemotongan pokok, pemasangan bonggol, penyelenggaraan longkang dan yang berkaitan dengan tender bagi setiap projek di bawah RM50,000.

“Kerajaan Negeri menyedari kekangan dan kesukaran dihadapi kontraktor bumiputera dalam saingan kerja industri pembinaan yang kompetetif ketika ini.

"Pembabitan kontraktor bumiputera dalam pelaksanaan kerja berskala kecil ini akan dapat memantapkan pengalaman dan kepakaran kontraktor.

"Saya yakin peluang yang disediakan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka bagi memajukan syarikat dan diri supaya mencapai prestasi yang setanding kontraktor lain di peringkat negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Kerja Undi G1 JKR Selangor 2019 di JKR Gombak, di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JKR Selangor, Ir Rozita Mat Senapi dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuang, Salehuddin Amiruddin; ADN Hulu Kelang, Saari Sungib; serta ADN Taman Templer, Sany Hamzan.

Pada masa sama, Amirudin peruntukan yang disalurkan itu menggunakan peruntukan sedia ada tanpa membabitkan peruntukan tambahan.

Katanya, ia adalah hasil dari penjimatan yang dilaksanakan oleh JKR Selangor dan disokong di peringkat daerah.

“Kita tidak menolakuntuk menyediakan peruntukan tambahan jika perlu kerana kemudahan infrastruktur adalah satu keperluan.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada statusnya, jika kritikal kita akan beri keutamaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619