AGENDA

Sarikei, tiga lagi kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat

9 Sep 2019, 1:21 AM
Sarikei, tiga lagi kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat

KUCHING, 9 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarikei meningkat kepada sangat tidak sihat, sertai tiga kawasan lain di Sarawak dalam kategori sama setakat 8 pagi ini.

Menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei mencatat bacaan IPU 206 pagi ini berbanding 193 pukul 8 malam tadi.

Kuching pula yang masuk hari ketiga dalam kategori sama mencatat peningkatan kepada 242 berbanding 223, manakala Sri Aman dan Samarahan kualiti udara bertambah baik sedikit dengan masing-masing merekodkan penurunan bacaan IPU kepada 244 daripada 252, dan 201 daripada 205.

Begitu juga bagi kawasan S K Baram yang turun ke kategori sederhana berbanding tidak sihat semalam selepas rekod bacaan IPU pada 96 pagi ini daripada 122 semalam.

Empat kawasan lain masih kekal pada tahap tidak sihat, namun hampir kesemua catat bacaan IPU semakin baik berbanding 8 malam tadi, dengan Miri pagi ini mencatat 102 berbanding 163, ILP Miri (145 berbanding 146) dan Sibu (173 berbanding 187), kecuali Mukah yang meningkat daripada 119 kepada 125.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619